sign here

Followers

Masa Itu emas

RIEZMA ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nuhlan Ilham Hasif

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, September 20, 2011

9 Bulan sudah budak comei ini


Hampir berjalan

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.

Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.

Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya.

Tuesday, September 13, 2011

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/ dan http://ecakefairy.blogspot.com



Assalamualaikum wbt...fuhhh...pertama kali dalam dunia blogger ni join contest..berminat bukan apa...sebab mcm best je share pic lawak candid ni..hiihihih...setelah ditapis2 n di cari2 dari beratus2 gambar..yang ni terpilih... Gambar diambil pada petang 29 ramadhan baru2 ni...seronok ja tgk Pak mertua,abg ipar, menantu n biras2 tu dok main bakor2 satay,otak-otak dan satay udang...mmg gempak la petang tu..perot yg lapor jadi kenyang..ye la setahun sekali berjumpa mana x gamat...yehaaaaaaaaaa..

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/ dan http://ecakefairy.blogspot.com


Syarat-syarat contest ini ialah :

1. Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer. Kalau boleh tulislah ayat cam akak buat tu.
2. Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buat ceritalah sikit)
3. Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.
4. Letakkan link akak di N3 tersebut.
5. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.
6. Tarikh tutup ialah pada atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.
Ayat yang wajib di letak di N3 tersebut ialah :


5. Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/

Wednesday, September 7, 2011

Pre raya...kita bakorr..satayyy+Otakkkkk






assalamualaikum wbt...yehaaaaaa..mood nak up2 makin menjadi2 laks..hahahha..xpa...takat mood dok ada ni...marathon...hahahhaha.....nanti senyap blak blog ni.ihihihihiih..balik pahang 4 hari sblm raya..so memacam la aktiviti memasak dilancarkan..best....hari last posa..sessi bakor..bakor....amat letih tapi best..nuhlan pon happy reramai..yelaa..kat rumah tgk muka ummi ngan papa dia je.......layanzzzzzzzzzzzzzz..

Tuesday, September 6, 2011

Riang Ria Aidilfitri 2011


FAMILY TOK AYAH JAAFAR & OPAH FAUZIAH

Kak hanim n family.(sulung)Abg kamal n family (anak ke 2) satunya2 abg dalam family kamiKak da n family (anak ke 3Saya dan family...(anak ke 4)Nurul (anak ke 5) dan din serta ain az-zahira comei

aina (anak ke 6) dah ali.baru kawen ja depa ni..

adik bongsu Maksu Hanis..bakal Nurse..

Assalamualaikum wbt...sekejap sungguh masa berlalu..dah 1 mgu Aidilfitri meninggalkan kita.. balik kampong pon rasa sat sgt..hadoiii....malas btoi nak kerja...mood nak beraya dok ada lagi.. xpa..raya sebulan.....dah lama x jumpa adik beradik..alhamdulillah tahun 2011 ni semua turn beraya di rumah Ummi n Abah di felda chini 1..seronok tak hengatttt..... gambar pre raya masa bakar2 satay belum up lagi.....cuci mata dgn pic raya la........terlalu banyk gambar untuk dipilih... maklum la.....En rizal kan amatur..ihihihihihihi....syiokkk..layanzzzzzzzzzzzzzzzzzz..