sign here

Followers

Masa Itu emas

RIEZMA ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nuhlan Ilham Hasif

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, November 18, 2013

Assalamualaikum Wbt.. Lama sungguh tak berbelogging.. Mungkinkah Mood utk berbelogging kembali???? Hampir setahun tidak update.tapi jgn disangka tidak update blog ni dah x dijenguk..ihihih..insyallah akan dicuba juga untuk aktif semula..

NUHLAN ILHAM HASIF  
Maksud nama saya ialah: Pemberian Ilham Yang Bijaksana

Tuesday, December 25, 2012

Kembali Berblogging


Setelah 3 Bulan menyepi diri dalam dunia Blogger ni...Daku kembali..yuhuuuuuuuuuuu... bukanlah niat untuk terus berhenti berblog...kekangan masa dan kesibukan tugas seharian menyebabkan belog ini  bersawang2... Pejam celik... dan hampir 8 tahun berkecimpung dalam dunia blog ini..... Usia Permata hati kami NUHLAN ILHAM HASIF B. ROSRIZAL dan masuk 2 tahun pada 17 Disember 2012 yang lalu. tahun ni tiada majlis potong kek di buat.. hanya sambutan bersama kami bertiga..... hadiah birthday buat Nuhlan awal-awal lagi papa dan Ummi dan belikan..... Rasanya cukup utk hari ini..sebagai permulaan..hiihihihih..macam biasa lerr...layan gambar......

Wednesday, August 29, 2012

yey..pemanggang ajaib dah sampai..yehaaaaa


Assalamualaikum wbt.. LAma betul tak update blog..sejak2 tukar masuk Unit Vektor ni..masa di depan PC amat terhad..bukan terhad macam mana...tiap2 hari depan pc. Cuma masa untuk buka blog..amat terhad.. kerja menimbun sebeban.... alhamdulillah...pemanggang ajaib dah ada dalam tangan..yehaaaaaaa... seronoknya...blh la beroperasi..harap2 tak jadi sawang..nanti free2 citer raya la plak...


Sunday, May 20, 2012

PAJERO BARU NUHLAN


Assalamualaikum wbt. Lama betoi tak berblogging.bizi sungguh...nak celoteh byk2 pon kekangan masa...nuhlan himpun duit skit2..lama jadi bukit..dpt belik pajero...yehaaaaa

Thursday, March 29, 2012

MULBERI BERBUAH SAKAN










Assalamualaikum wbt buat tatapan semua sahabat-sahabat blogger..lama betui blog ini menyepi..bukan bermakna menyepi saya dah tak aktif dlm dunia blogger...kekangan masa dan kesibukan kerja tambahan pula melayan karenah Nuhlan yang semakin hari semakin membesar sihat bagai juara,...mempunyai batasan sedikit untuk meralitkan diri dlm blog.hehehehehe...... alhamdulillah Nuhlan pon dah 1tahun 3 bulan..dah boleh berlari dah....semakin lasak..penat..tapi hepi sgt...Usia perkahwinan kami pun baru melangkah ke angka 6 tahun pada 11 march baru2 ini...usia ku pula dah 29 tahun 4 march baru2 ini..syukut alhamdulillah sehingga ke hari ini Allah masih memberikan kesihatan yang baik...umur yang panjang...rezeki yang sentiasa ada....

okes..berbalik kepada entry 1st di tahun 2012.....wuyoooooooooooo...mmg rasa terkejut..hasil tanaman mulberi saya menjadi2 sangat...l;ayan gambar n artikel mengenai mulberi..


*Daun Mulberry* ini adalah ideal untuk membantu mengatasi ataumengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yangtinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) danhipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C,asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser(antioksidan)

*SUKA BETUL YANG NO 5 TU..ehheheheheh

Cancer Prevention
Mulberries are a good source of resveratrol, a potent phytonutrient also found in grapes that researchers believe can prevent cancer and aid in the fight of existing cancers.

Life Extension
Because of their resveratrol content, mulberries may be a tool in one's life extension arsenal, as resveratrol has shown in several studies to extend the life of mice.

Blood Tonic
In Chinese medicine, mulberries are considered a blood tonic, meaning that they cleanse the blood and increase its production, strengthening the entire system.

Kidney Strengthener
In Chinese medicine, mulberries are believed to strengthen the kidneys.

Liver Cleanser
In Chinese medicine, mulberries are believed to be effective in cleansing the liver.

Better Hearing and Vision
In China, tea made with mulberry paste is believed to strengthen one's hearing and vision.

Constipation Cure
In Turkey, a treatment for constipation is to eat white mulberries on an empty stomach with a glass of water.

Anemia Treatment
Because they are quite high in iron, mulberries are a great food to use in the treatment of anemia.

Cold and Flu Treatment
In Turkey, mulberry molasses is used as a treatment for colds and flu. Their effectiveness in this way may be due to their high vitamin C content.

Premature Gray Hair Remedy
In several countries, mulberries are considered an effective remedy for prematurely gray hair

Friday, December 23, 2011

NUHLAN 1 Year..yeyyy







Langkah-langkah pertama bayi
Pencapaian bayi yang paling utama sudah hampir tiba – pada bila-bila masa di bulan ini bayi anda mungkin akan mula mengambil langkah-langkah pertamanya (sesetengah bayi tidak akan berjalan untuk beberapa minggu atau bulan lagi, jadi janganlah risau sekiranya status bayi anda belum lagi berubah kepada bayi yang boleh berjalan pada bulan ini). Kebanyakan kanak-kanak mengambil langkah awal mereka dengan berjengket sambil mengarah kaki mereka ke luar. Sudah tentu anda tidak mahu terlepas peluang untuk mencatatkan saat ini, jadi bersedialah dengan kamera anda. Pada waktu ini juga, bayi anda sudah pandai makan sendiri dan menggunakan sudu, walaupun belum begitu cekap dan makanan seringkali tidak sampai ke mulutnya.


Permainan baru bayi
Pada masa ini, permainan bayi anda mula berubah dari permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada permainan yang melatih otot-otot yang lebih besar. Sesetengah kanak-kanak pada umur ini sudah boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang senyap selama dua hingga lima minit – walaupun bayi anda mungkin lebih gemarkan permainan yang bukan jenis senyap. Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.


Memudahkan waktu tidur
Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur. Mengikuti rutin tidur yang tetap, seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu bayi anda tidur. Elok jika diadakan ”urutan” yang konsisten bagi rutin tidur ini. Berikan bayi makan, mandikan dia, pakaikan pakaian tidur, bermainlah dengannya, atau bacakan buku cerita, atau nyanyikan lagu, mainkan muzik dan kemudian barulah baringkan dia di katilnya. Apa sahaja langkah yang diambil, jadikan ia satu rutin yang tetap, yang juga memberikan anda dan bayi anda masa yang lebih panjang untuk bermesra dan berehat. Anda juga boleh bersilih ganti menjalankan rutin tidur ini bersama suami anda (anda mandikan bayi, suami anda membacakan buku cerita dan lain-lain cara) pada setiap malam, atau, untuk meringankan tugas dan membenarkan anda berdua berehat beberapa kali seminggu, cuba menidurkan bayi anda secara bergilir-gilir.


Sukar berpisah
Beberapa bulan kebelakangan ini, anak anda mungkin menunjukkan perangai meragam disebabkan bimbang berpisah. Ini perkara biasa: dia menyayangi anda dan memerlukan anda, jadi dia akan berasa tertekan apabila anda meninggalkannya. Untuk memudahkan proses pemisahan, cuba minta pengasuh datang lebih awal supaya bayi anda mempunyai masa untuk membiasakan diri dengannya. Tinggalkan dia secara bersahaja saja dan jangan menyulitkan keadaan dengan memanjangkan ucapan selamat tinggal anda; lakukannya dengan cepat, iaitu hanya dengan satu ciuman. Bayi anda akan berhenti menangis apabila anda hilang dari pandangannya. Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia.


Lebih memahami bahasa
Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa perkataan selain ”mama” dan ”dada”, didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing. Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah “Di mana mulut kamu?” dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, “Tolong ambilkan cawan” dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan “tidak”. Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata “sila” atau ”boleh ke?” dan “terima kasih”. Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.


Memberi nama kepada benda-benda
Anda memainkan peranan penting dalam membantu bayi anda menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu - semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda akan berkembang. Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda. Apabila menaiki tangga, kira bilangan tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya tunjukkan nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku bergambar dan minta dia tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya. Pastikan anda memberikan dia pilihan sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu memakai stoking berwarna merah atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah atau gegelung bertingkatnya. Dia mungkin tidak akan menjawab, tetapi kemungkinan juga dia akan menggembirakan anda dengan menjawab apabila tidak dijangka.


Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menentukan pencapaiannya sewajarnya.


NUHLAN ILHAM HASIF SUDAH PANDAI MELAMBAI TANGAN..MENGGELENG KELAPA...PAPA..MAAAAA..UMMMMBAHH..(UMMI LA..)