sign here

Followers

Masa Itu emas

RIEZMA ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nuhlan Ilham Hasif

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, April 29, 2010

BERSAWANG???????

BERSAWANG IMAH OIT...BERSAWANG-SAWANG..

Sunday, April 11, 2010

HARUM MANIS KEMBALI

GRED A SUPER 1KG RM12
deretan Mangga harum manis


Nyum...nyum,....pulut harum manis


Nikmati kemanisan


dapp..dappp



replika mangga harum manis


pegang buah harum manis pon jadi laaa..(nak tgu pokok sendiri..lambat lagi berbuah)


Posing sat


Welcome


Asyik saya je posing..hihihii...hubby kameraman...amatur...wakakkaka


Pokok harum Manis dan buahnya dibalut

Syok je tgk..saujana mata memandang


rendah sgt buah harum manis ni


Salam semua....Seharian yg penuh....aktiviti yg tidak dirancang....kebetulan saya dan hubby cuti. lega...kalo tak..asyik keje..keje....so..dari pepagi buta... kami berdua dok mengemas umah.. membasuh..mengemop lantai...segala mcm kerja oprg dapur ni..kami buat sekali...maklum ler.. dah lama sgt xbergotong royong...
so..lepas zohor..kuar pi bukit bintang..ada PESTA HARUM MANIS.. so snap lerrr bykkkkk sgt pic..sesambil pekena pulut harum manis...shodapppppp..hujan lebat,,,....
Then,,plan nak ke alor staq,,nak pi survey rumput.....ok ler jugka regenya...banding ngan sungai buloh...sana murah byk..tapi tu laa..kosnyer laie nk mengangkut...iskh2..just survey...'
...layanzzzzzzzzzzzzzzz je pic ni...malas nak membebel..ehehehhe

p/s: SESAPE YANG DATANG KE PERLIS..Bolehlah terus ke BUKIT BINTANG (LADANG PERTANIAN),kat sana..memang tengah rancak berlaku jual beli HARUM MANIS..maklum la..musimnya sekejap jer..so...cepat2 mai perlis noooo



Sedikit Artikel Mengenai MANGGA HARUM MANIS
Harum Manis merupakan buah " trade mark " bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Di makan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri ini, ia juga enak dimakan begitu saja ataupun dinikmati dalam bentuk jus atau jem mempelam. Terdapat beberapa jenis mempelam yang popular di Negeri Perlis iaitu Harum Manis, Sala dan Maha. Tapi yang popular ialah Harum Manis kerana kemanisan dan baunya yang sesuai dengan namanya.
Musim pengeluaran mempelam adalah pada bulan April dan Mei pada tiap - tiap tahun. Boleh diperolehi di Bukit Bintang Sungai Batu Pahat. Keluasan kawasan tanaman mempelam di Bukit Bintang ialah 1,000 ekar dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 300 hingga 500 tan semusim pengeluaran.

Saturday, April 3, 2010

MOOD MALAS


MOOD MALAS>...MALAS...DSLR PON DAH LAMA X DI CAS BATERINYA>.......

KENAPA NI..ADOIIIII...CEPAT LA MOOD RAJIN KEMBALI

Wednesday, March 31, 2010

IUI







oleh kerana ada beberapa pertanyaan tentang iui..di sini saya tepekkan sikit info mengenai iui.

Apa itu IUI?

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan
Bagaimana IUI dibuat?IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

ARTIKEL DIPETIK DARI ALAMHAMIL.COM

Tuesday, March 30, 2010

MY LOOK

Sajer2 jer try...adakah ianya btui??..sesape berminat click SINI
mana la taw kot2 sama2 leh dapat duit mcm Nuffnangg???

Saturday, March 27, 2010

HAppY



MEMANG RASA HAPPY SANGAT.TAK TERUCAP DENGAN KATA-KATA.
SYUKUR ALHAMDULILLAH.
p/s: Bukanlah berita yang mengatakan saya telah berbadan dua.tapi. ada 1 berita yang agak mengejutkan saya..dan membuatkan saya n suami teruja... setelah berusaha...dan terus berusaha..namun...belum sampai ke pengakhirannya lagi.... harus lebih berjuang..
chaiyokkk

Thursday, March 25, 2010

Monday, March 15, 2010

HOUSE WARMING-SELESAI SUDAH


Geng POS KESIHATAN PADANG BESAR
View...xsempat setting..main snap jer....sebab Bzz.bz.
Geng PKD KANGAR jugak
member2 Opis PKD KANGAR
Masa ni baru kul 1pm..panass sgt
Geng2 sempoi..Adik2 KASTAM DIRAJA MALAYSIADapat hadiah sempena Ulang Tahun dari Member ( KAK LIA) dan Abg Mail.Kerusi,meja dan Khemah Kenduri.
pinggan Mangkuk yang siap dikira..utk di hantar semula ke dewan (pinjam jer)

Assalamualaikum wbt semua...lama tol xupdate Blog..amatlahhh kebizian lately ni..
even kenduri dah selesai..tapi masih byk benda yang belum selesai..uhuhuhu... gambar2 lauk pauk serioussly..memang terlupa nak snap..huwaaaaaaaaaaa...rasa nyesal weii...
buat semua yang hadir...terima kasih banyak2..

Friday, March 12, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Weewiiit....akhirnya..selesai sudah majlis Kesyukuran (house Warming & Celebrate Our Anniversary- 4 Years..) walaupon penat..tapi happy..sebab majlis berlangsung dengan lancar..
Untuk Gambar2 yang lain...tunggu..tuan Umah nak rileks sat..ihihihihi..layanzzzzzzzzz

Thursday, March 11, 2010

HAPPY ANNIVERSARY RIEZMA 4 YEARS

INI ADALAH ENTRY AUTO PUBLISH..SEBAB DI KALA ENTRY INI TERBIT..SAYA SEDANG BIZI MELAYAN TETAMU-TETAMU YANG HADIR. KERANA PADA HARI INI 11 MARCH 2010,ADA MAJLIS KESYUKURAN DI TERATAK KAMI HAPPY ANNIVERSARY RIEZMA KE 4 TAHUN. SEMOGA HUBUNGAN KASIH SAYANG CINTA KAMI BERTAUT HINGGA AKHIR HAYAT.AMIN..INSYALLAH

INVITATION HOUSE WARMING

INI ADALAH STICKEY MODE
untuk Entry Terbaru sila roll ke BAWAH.

Dengan Sukacitanya mempersilakan semua blogger2 yang masuk ke blog imah ni datang memeriahkan Kenduri kesyukuran di teratak kami.Kehadiran amatlah dialu-alukan.
p/s: ni email utk dihubungi kalo jadi datang riezma_4eva@yahoo.com Sebenarnya Memang nak buat weekend ja..memandangkan Anniversary RIEZMA yang ke 4 tahun jatuh Pada 11 March 2010 (khamis) Jadi sebulat suara untuk mengadakan kenduri kesyukuran pada tarikh tersebut. Ape pun..kehadiran amatlah dialu-alukan. SEKIAN TERIMA KASIH.

Saturday, March 6, 2010

MOOD RAJIN KEMBALI-yahooo

MOI SUP AYAM- bawa pi Opis.
Gulai ikan termenung perut labuh dengan Bendi- panas2 dari kuali shoot pic ni..
imah suka buat gulai dalam kuali...rasanya lebih kick kalo buat dalam kuali berbanding periuk..

licin......sebab dah lama dah air tangan ni xdirasa Oleh En hubby..
memang dah lama sgt xmasak gulai2 ni...

Butter PrawN xberapa nak jadi..ahhahahaha..Guna Planta ajer....n ButtEr Cereal COSWAY punya tu..tapiiiii..licinnnnnnnnnnnn


Panas-panas dari Kuali lagi U.


Salam semua...kelmarin..5march...angin RAJIN telah Menjelma..tapi blur xtaw nak masak ape...alih2,..menjadi jugak la...mujur la angin R ni ada...harap2 angin R ni sentiasa ada... yahoooooooooooooooo..layanzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, March 5, 2010

Udang Owh Udang


Salam semua...hrmmmmmmmmmm.....hari ni keja shift ptg...xtaw la nak masak ape..
1s trip dah masak..ada lagi 1 trip udang ni..nak wat ape pulak eh.....hrmm..BUTTER PRAWNN>??????

Thursday, March 4, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME- 27 Years Old

COKLAT....dappp OOoooo..tq buat En suami
Bentuk pertama di ngap..bentuk love yang melekat dua tu..

EXTERNAL USB 320 GB.. memang dok kumpul $$$ nak beli benda alah ni..
bukan ape..dlm laptop ni dah berat sgt dgn gambar2 yg ditransfer dari Camera tu.
Tq sayang..


weewitttt....yahoooooo....hari ni 4 macrh 2010..genap la umur imah 27 thn...kebetulan malam tadi (3march keje malam.)so balik rumah..lepas mandi n rehat2,mata pon ngantuk.. sebab memang xlarat sgt2..habis2 En suami datang.....bawa la benda ape ntah sambil senyum2... rasa terharu sgt...Ingatkan dah lupa..walaupon belum sampai kul 12 pagi...dah wish..maybe en suami takut saya dah Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....layanzzzzzzzz...nak celebrate bila n di mana??? rasanya buat sekali dengan Anniversary RIEZMA yang ke 4 pada 11 march 2010. So untuk Entry House Warming...sila scroll ke atas...layanzzzz

En suami bagi hadiah Coklat n box yang cantik (bleh simpan brooch or rantai kawen tu.. n lagi 1 External USB 320 GB..terima kasih sayang) satu lagi encik suami kata hadiah UTAMA dah pon diberi..iaitu CINONET VIVA tu..telah diberi pada Januari baru2 ni...layanzzzkan ajer..