sign here

Followers

Masa Itu emas

RIEZMA ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nuhlan Ilham Hasif

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, September 20, 2011

9 Bulan sudah budak comei ini


Hampir berjalan

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.

Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.

Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya.

Tuesday, September 13, 2011

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/ dan http://ecakefairy.blogspot.com



Assalamualaikum wbt...fuhhh...pertama kali dalam dunia blogger ni join contest..berminat bukan apa...sebab mcm best je share pic lawak candid ni..hiihihih...setelah ditapis2 n di cari2 dari beratus2 gambar..yang ni terpilih... Gambar diambil pada petang 29 ramadhan baru2 ni...seronok ja tgk Pak mertua,abg ipar, menantu n biras2 tu dok main bakor2 satay,otak-otak dan satay udang...mmg gempak la petang tu..perot yg lapor jadi kenyang..ye la setahun sekali berjumpa mana x gamat...yehaaaaaaaaaa..

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/ dan http://ecakefairy.blogspot.com


Syarat-syarat contest ini ialah :

1. Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer. Kalau boleh tulislah ayat cam akak buat tu.
2. Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buat ceritalah sikit)
3. Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.
4. Letakkan link akak di N3 tersebut.
5. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.
6. Tarikh tutup ialah pada atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.
Ayat yang wajib di letak di N3 tersebut ialah :


5. Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/

Wednesday, September 7, 2011

Pre raya...kita bakorr..satayyy+Otakkkkk






assalamualaikum wbt...yehaaaaaa..mood nak up2 makin menjadi2 laks..hahahha..xpa...takat mood dok ada ni...marathon...hahahhaha.....nanti senyap blak blog ni.ihihihihiih..balik pahang 4 hari sblm raya..so memacam la aktiviti memasak dilancarkan..best....hari last posa..sessi bakor..bakor....amat letih tapi best..nuhlan pon happy reramai..yelaa..kat rumah tgk muka ummi ngan papa dia je.......layanzzzzzzzzzzzzzz..

Tuesday, September 6, 2011

Riang Ria Aidilfitri 2011


FAMILY TOK AYAH JAAFAR & OPAH FAUZIAH

Kak hanim n family.(sulung)Abg kamal n family (anak ke 2) satunya2 abg dalam family kamiKak da n family (anak ke 3Saya dan family...(anak ke 4)Nurul (anak ke 5) dan din serta ain az-zahira comei

aina (anak ke 6) dah ali.baru kawen ja depa ni..

adik bongsu Maksu Hanis..bakal Nurse..

Assalamualaikum wbt...sekejap sungguh masa berlalu..dah 1 mgu Aidilfitri meninggalkan kita.. balik kampong pon rasa sat sgt..hadoiii....malas btoi nak kerja...mood nak beraya dok ada lagi.. xpa..raya sebulan.....dah lama x jumpa adik beradik..alhamdulillah tahun 2011 ni semua turn beraya di rumah Ummi n Abah di felda chini 1..seronok tak hengatttt..... gambar pre raya masa bakar2 satay belum up lagi.....cuci mata dgn pic raya la........terlalu banyk gambar untuk dipilih... maklum la.....En rizal kan amatur..ihihihihihihi....syiokkk..layanzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

Thursday, August 4, 2011

Menu 3 ramadhan

Menu 3 Ramadhan......sotong masak asam.....ikan bawal goreng..baby kailan ikan masin.....

Wednesday, August 3, 2011

menu 2 Ramadhan


Nasi MinyakAcar jelatah melatah

Ayam MAsak Merah

Cargas....menu 2 Ramadhan...... adakah menu utk bulan ramadhan yang telah di create ini akan diikuti???kita tungggu lihat adakah akan diikuti......sila scrooll kebawah utk melihat....rajin sangatkah saya nanti...tunggguuuuu.......
konon2 azam baru nak memasak sepanjang berbuka ramadhan kali ini....adakah akan menjadi kenyataan??????tapi takat 2 ramadhan..dah mengikut dengan jaya sekali..hari ini 3 ramadhan.....wajib....esok lusa tulat.......insyallah........
-
-
-

1 ISNIN Pajeri Nenas, Ikan Goreng, Sambal & Ulam Petai

2 SELASA Ayam Masak Merah, Jelatah, Nasi Minyak

3 RABU Sambal Sotong, Sayur campur, Ikan bawal Goreng

4 KHAMIS Ayam Goreng, Bendi masak manis campur bayam n rebung

5 JUMAAT Gulai Ikan tongkol, Sambal PEtai + Udang

6 SABTU Puyuh masak kicap, tauge goring tauhu

7 AHAD Kurma Daging+ kentang, Acar timun

8 ISNIN Sambal ayam, kailan ikan masin

9 SELASA Masak Lemak Cili api ikan keli, kangkung goring

10 RABU Paprik campur, telur dadar,sambal paru berlado

11 KHAMIS Gulai Ikan Plotan , Kobis goring,sambal belacan

12 JUMAAT Hati lembu masak cabai,Pekasam, cendawan goreng ngan teluq

13 SABTU Nasi Ayam Madu

14 AHAD Ikan Plotan bakar, asam pedas ikan puyu + belimibing buluh

15 ISNIN Sup Ayam, Ayam goring, ( soto ayam) nasik masak gak

16 SELASA Pajeri Nenas, Ikan goring, sambal

17 RABU Ikan cencaru sumbat, terung goring berlada

18 KHAMIS Tulang masak ala siam,,teluq dadar.

19 JUMAAT Sambal Talapia, butter prawn, kangkung goreng

20 SABTU Kari ayam + kentang, Kobis + brokoli,ayam goring

21 AHAD Sambal Ikan keli, bayam goreng, masak lemak cili api udang

22 ISNIN Tofu jepun sos tiram+cendawan,ayam goreng

23 SELASA Daging masak masam manis, bendi goreng

24 RABU Ikan patin masak lemak tempoyak sambal petai+ udang

25 KHAMIS Asam pedas Ikan + Bendi, Ikan pekasa goreng

menu sehingga 25 ramadhan...sebab 26 ramadhan dah balik kampong..ihihihihihih

Dangau @ Gazego Impian tercapai

Alhamdulillah..syukur...baru sempat nak godek2 belog...di ramadhan yang ke 3 ni...menu2 pon xsempat nak upload start dari 1st ramadhan...now dah nekad nak masak..insyallah..coz qadakan ramadhan thn lepas jarang masak sebab mengandungkan nuhlan.. to En suami..insyallah isterimu akan merajin2kan diri didaporrr itew..hahahah.. ok back to story n pic tu....dah lama mengidamkan gazebo nii.ihihih.nak dijadikan rezeki....lepas balik dari padang besar 2 mgu lepas..ada nampak gazebo ni kat 1 kedai..try la sevey..sebab sblm ni dah merata sevey...maheiii... 5 x6 atas rm3k tu..yang ni dia letak rm2500 sebenarnya..tapi nak habiskan stock...dpt rege lebih murah..yehaaaaaaaaaaaaa....akhirnya..duit Kelab JUtawan nampak jugak....keluarkan n beli gazebo impian Nuhlan..yehaaaa ( ummi nuhlan yang nak)..hahahahha...layanzzzzz.... Selamat Berpuasa buat semua...lepas ni kena cargas upload menu2 yang telah dibuat 1- 2ramadhan......tungggu......


Monday, July 18, 2011

Nuhlan 7 Months Already.



17 Julai 2011..Genap NUHLAN ILHAM HASIF 7 Bulan...alhamdulillah..semakin ligat hero ummi n papa ni..dah pandai geget2 ibu jari kaki..aiyooo..apakah..apakah...dah bleh dok dlm walker...dah mula nak tido lambat..dah makan bubur nasi..dah suker nak wat perangai2 kaki2 ditunjalnya..iskh2...anak owh anak..sayang kamoo

Tuesday, June 14, 2011

MCM TAK PERCAYA..tapi KENA PERCAYA GAK

Bukti dari Admin di kelab Jutawan..syukur Alhamdulillah..


Memang sukar nak saya percaya..tapi lepas ummi join sabtu lepas..tadi check2 maybank2u..syukur....mmg tak percaya..ni print screen maybank2u ummi.

Assalamualaikum wbt..mmg sukar nak percaya perkara2 sebegini...dulu ummi pon fikir..sapa nak bg duit senang2..rupanya..dengan join benda ni..alhamdulillah...ummi berjaya jana pendapatan melalui ebook..syukur...tapi kepada anda..kena beringat...nak join benda2 mcm ni kena pikir byk kali..sebab...kena berani tanggung risiko..kena tawakal..dan perlu ingat...kena yakin yg orang lain boleh..insyallah...

Monday, June 6, 2011

MCM TAK PERCAYA..tapi KENA PERCAYA GAK

Assalamualaikum wbt...dah lama tak hapdet belog..weekend baru2 ni Berdua with Nuhlan.. Sesambil Nuhlan layan Magic English..Ummi layan la internet.....terbuka la nak join 1 benda alah.Memang betui2 tawakal jer..kalu rugi pon nak buat mcm mana..kalo untung..alhamdulillah.. xperlu buat ape2...just sesambil2.....sekali ja iklan..skali dapat duhet tu.......fuh..modal pon dah balik..dapat duit tambahan lagi....amat happy...lani..weekend ummi dengan Nuhlan akan digerakkkan dengan jayanya dengan DAPAT DUIT BUAT KERJA DARI RUMAH...yahoooo... kalu kawan2 semua nak tau..boleh la search2 tgk n daftar kat sini..

http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=SARIMAH

Wednesday, June 1, 2011

Saya dah Besaq..yehaaa



Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah..perkembangan tumbesaran Cinta Hati Kami dapat di Rakam setiap hari. Setiap hari Ummi pasti akan snap pic Nuhlan. Syukur..seronok tengok Nuhlan membesar didepan mata Ummi dan Papa..dah 5 bulan 2 minggu dah usia Hero ummi dan Papa. Now dah minum 4 oz tak cukup..kena bancuh sebotol lagi....(Harus order Avent 9oz plak).. belum ada tanda2 dia lapar nasi bubur lagi...byk baju2 dah x celuih (tak muat)... pampers pon dah size M..but bila malam mamipokai opsss..mamipoko size S lagi.. suka mendengar dan melihat Magic English with Disney..hari2 mau pasang ini CD..bila mengamuk.pasang ajer..diam dan terus gelak...sayang kamooo NUHLAN.. Bulan depan Ummi try buat Moi (bubur) nasi buat Nuhlan ye...

Tuesday, May 31, 2011

Yehaaa...shayer dah pandai meniarap..

Fresh from Oven....5 Bulan 12 hari...NUHLAN ILHAM HASIF dah berjaya meniarap dengan jayanya...yehaaaa..chaiyok Nuhlan...Ummi n Papa sayang Nuhlan.

Monday, May 30, 2011

Thursday, May 19, 2011

Tak Sangka Btoi...dah 5 bulan NUHLAN





Assalamualaikum wbt.....alhamdulillah..genap Nuhlan Ilham Hasif 5 bulan... perkembangan terkini Nuhlan




  1. Dah 5.7kg....syukur......kenaikan ok.


  2. dah minum susu 4 oz skali minum...kuat minum ni dak tecik..


  3. bila tgk ummi n papa mkn...cap...cap mulut dia..sambil ayaq liuq leleh..(nanti ummi wat moi kat Nuhlan na..)


  4. Dah pandai buat belon ...ayaq liuq belemoih..hadoiii..Nuhlan..Nuhlan...


  5. ada meniarap sekali minggu lepas..pastu x meniarap dah..


  6. suka tgk Tv... (menurut Babysitter Nuhlan..amat fokus semasa tgk Tv.).


  7. Suka senyum bila muka mata pagi2 bangun tdo.....pointnya..kena bagi salam...


  8. Dah mula kenai orang sekeliling....mula gawang2 tangan bila ummi or papa hulur tangan masa kat rumah bbsitter..


  9. Dah mula gelak mengekek....




  1. setakat ni..tu je perkembangan nuhlan...sekejap sungguh masa berlalu..dah 5 bulan kelahiran Nuhlan di dunia ini..semoga NUHLAN diberi kesihatan berpanjangan oleh Allah Swt..amin....

Wednesday, April 20, 2011

Update NUHLAN ILHAM HASIF 4 months already

OUR NUHLAN ILHAM HASIF 4 months..17 April 2011
Nuhlan masa opah dengan Makcik aina nak balik dah...dia sedih kot..tu yg tidoq..lama Opah jaga..uwaaa..Ummi yang sedey sebenarnya...

Nuhlan luv U forever....


Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah..syukur..NUHLAN dah 4bulan..sekejap sungguh masa berlalu.. perkembangan NUHLAN sekarang dah hisap jari kedua2 tangan masuk mulut.. Mulut bising nak sembang2..Malam2 dah pandai wat pangai nak suh main dengan dia..xmo tidoq awal mcm dulu2. Lani bila antaq umah bbsitter wat muka kesian suh dukung dia..bila amik petang wat gedik2 suh amik dukung dia..kalo tunjuk buku ABC bising ja mulut tu..NUHLAN belum pandai meniarap..maybe sebab lahir Prem (tak cukup bulan) lambat skit kot. dah bleh control kepala dah..keras dah orang kata..lutut ja kadang2 xbape kuat.tapi dah bleh berdiri..dah mula nak Brrrrrr..alahaiii...botak la kepala ummi owhh NUHLAN sayang... baju2 yg newborn byk dah sendat..pampers size S dah kena tukar ke M dah ni..(Att to papa NUHLAN..gaji bulan ni sila beli pampers size M ye...dah minum 3 oz sekali hadap..fuyoooooo...next checkup weight 3mei 2011 ..tungguuu..tengok brape peningkatan berat NUHLAN..masa 5 April 2011 baru2 ni 5.1kg.. sayangnya ummi n papa dekat kamu duhai NUHLA ILHAM HASIF..buah hati pengarang jantung kami..membesarlah dikau sebagai seorang anak dan insan yang berguna dunia dan akhirat..sesungguhnya kehadiranmu dalam hidup ummi dan papa amat bermakna. Lengkap sudah kehidupan ini dengan hadirnya kamu setelah 4 tahun penantian ditunggu...Syukur alhamdulillah..

Thursday, April 14, 2011

Membaca Bersama NUHLAN ILHAM HASIF





Assalamualaikum wbt...alhamdulillah..berkesempatan juga nak hapdet..walaupon cerita yang biasa2...belog ini tetap juga akan dhapdet... NUHLAN lagi 5 hari genap 4 bulan.. perkembangan terbaru..berminat membaca..sangat happy bila mana golek2 dgn dia..tunjuk buku..pulun la dia.. paling berminat dengan huruf G...GULI.gamaknya sebab gambar guli yang colourful tu..minat sgt tu...semoga anak ini menjadi anak yang berguna di kemudian hari..amin

Wednesday, April 13, 2011

NUHLAN 3 BULAN 23 HARI

Assalamualaikum wbt...akhirnya berkesempatan juga nak upload pic si kecik ni..kesibukan melanda setelah 110 hari bercuti....dah pun masuk kerja...rindunya kat NUHLAN ILHAM HASIF. behave ye my dear NUHLAN dok dgn bbsitter Ummi tika... update..3 bulan 23 hari. NUHLAN dah 5.1kg...dah pandai senyum..mendengar apabila buka buku ABC,pandai bunyikan suara...pandai gelak agah2...xsabar nak tunggu dia bleh meniarap... PENYEJUK DIMATA PENAWAR DIHATI UMMI DAN PAPA