sign here

Followers

Masa Itu emas

RIEZMA ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nuhlan Ilham Hasif

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, March 31, 2010

IUI







oleh kerana ada beberapa pertanyaan tentang iui..di sini saya tepekkan sikit info mengenai iui.

Apa itu IUI?

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan
Bagaimana IUI dibuat?IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

ARTIKEL DIPETIK DARI ALAMHAMIL.COM

14 comments:

Gieyana said...

Oic..I pon x tau wht is IUI..nasib baik u publish entry nie..tp ader hint ler b4..

cik mas said...

akak baru 1st time jmpa doctor imah. doc bg inject puregon kat perut dari hari ke 2-8 peyet. hari ni dah kali ke 5. ada lg 2 kali inject. sbtu ni cek telur. neves gak. ikhtiar je la kan. kalau xde rezki gak. pasni igt nk try iui plak. ex-opismate akak memang xle secara natural. 2 org ank dia kna wat iui. sepasang lak tu. rezki dia.

alyyani said...

imah, good information. banyak2 sabar ek. ade hikmah bila kene delay tuh. ;)

aJA said...

jgn tension2 n sedih2 ye imah.ader hikmah sumer ni.doa byk2 yek semoga segala urusan ko somi isteri dipermudahkan Allah.

~~zuraiwan~~ said...

aaa...mcm tu la prosuder iui kan imah...moga2 imah bjaya ek..

ai said...

ooooooo..ini ropanya. Sabar ye Imah, insyaallah ade rezeki kau nnt. :) aku doakan yg terbaik utk kau..muahhhhhhhhhh

shi3la said...

ooooooo....gitewwww citernyerrr..ishhh takpelahh imahh lambat sikit tapi menjadik..InsyaAllah kalau dah rezki kiter Tuhan akan permudahkan..haku doakan moga semuanyer berjalan seperti yg ko rancang...

PENTING..jgn putus asa dan banyakkan bersabar dan berdoa..ocay..

wanita besi said...

kawan ila pun mmg go thru iui. dua kali ... jadi trus. tu kalau dia nk tmbh mmg kena guna cara ni jgk. huhu...sepupu ila plak (tp dia dah umo 40 lebih laa ..guna cara ni tak jadi)

apa2 pun ila doakan yg terbaik buat akak. aminnnn!!

wanita besi said...

lagi satu kan akak....(ila bukan nak promote barang ke apa tau..tader kena mengena)... dolu ila amik jus kurma le'dara... atas saranan kwn ila, filah yg 2 thn kawen tak peknen. Dia try 2 bulan alhmdulillah peknen.

sekarang dh tader jual kat pasaran..cuma leh dapat dr wanita2u.com. baru ni kawan suami ila yang dah 15 tahun kawin... tanya kat my hubby... "bini ko mkn jus apa dolu...?" then hubby suggest lah yg tu. dia pun beli dr wanita2u.com jgk. nk jd cerita ... genap sebulan dia peknen laa plak!! ila dolu pun genap sebulan peknen. jd kalau nk try leh try ... ikut laa ... ila just suggest.

tp akibatnya ila dulu yg payah nak peknen... once dh start..anak ila 3bulan ila dah peknen lain laa plak! sama jugak ngan kwn ilA, fILAH tu ..lagi gaban... sekarang anak dia dah 4. dolu punya laa payah. huhuhu... tatau laa ...hanya ikhtiar.

LeLy said...

wah. info yg bagus imah.......
suke entry nih.....
baru lely tau.....
kene redi duit nih kan...
bukan la nk mintak....tp skadar ngkah brjage2......

SyaNa said...

semoga berjaya ye imah..
aku dulu try IVF tp takde rezeki..
ade gak member aku buat IUI sekali teros dpt kembo..
rezeki masing2..

nizza-abira said...

imah buat iui ye?
moga berjaya ye
akk pun harao cycle kali ni akk leh proceed iui

mamashasha said...

aku baru tau imah...

A D I A said...

i pernah buat 2X iui ni 2 years ago, tapi tak berjaya. takpe bukan rezeki cara tu kan. yg penting jgn give up.