sign here

Followers

Masa Itu emas

RIEZMA ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nuhlan Ilham Hasif

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, May 15, 2009

1 KES DI KESAN DI MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
15 Mei 2009


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu
kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan
POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan
pada 15 Mei 2009.
Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di
Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun,
yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula
mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009,
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada
jam 6.45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada
dalam keadaan stabil.
Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan
kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah
menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan
beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapalterbang
yang sama. Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua
penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA
pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-
88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan
.

http://moh.gov.my/MohPortal

5 comments:

OneSimpleMother said...

nau'zubillah.. mintak dijauhkan daripada kita segala bala bencana. dah dekat dah tu dgn rumah akak. dia asal penang kan imah?

Ummi Nuhlan said...

xpasti dia asal dari mana.sebab dia naik penerbangan terus dari USA ke KLIA.semoga smuanya ok.
cik mas.kalo bleh kurangkan aktiviti luar.pakai mask.

N A N I E said...

cik mas..saya pun cam pernah dgr yg dia asal penang..

imah..thailand dah ade case kan?
Tadi saya ade terbaca..kat Spain dah 100 org kene..

Ummi Nuhlan said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Nuhlan said...

nani.student tu asal di lembah klang.
satu kes lagi di penang.
kat thailand ada 2 kes. imah skrg full time kat tempat keje pakai mask n gloves