Assalamualaikum wbt semua sahabat2.Marilah kita Berkongsi Ilmu yang diberikn oleh sahabat saya.Hj Wan Nazrul yang bertugas di Tabung Haji,.(beliau jugak yang memberikan saya buah zuriat,air zamzam..habbastusauda dan herba dari Mekah) serta beliau jugak mendoakan saya dan suami di Mekah...Marilah sama2 kita berkongsi Ilmu Ini.
SHARING IS CARING
p/s:Buat SahabatKu dan Isterinya.Terima kasih tidak terhingga.terlalu banyak jasa kalian.hingga tidak terbalas.Hanya ALLAH SWT yg mampu membalasnya.
1. Sebagai amalan untuk makanan, mulakan setiap hari dengan makan kismis (hijau atau hitam), pastu makan la kurma, setengah sudu madu, secawan susu, habatussada..makan la dalam jumlah yang ganjil..biasanya 7 biji. Niatkan masa nak makan tu sebagai memenuhi syariat Islam dan dengan niat untuk mempunyai tubuh badan yang sihat agar rahim kuat untuk menampung janin tu.. (untuk kuatkan rahim)
2. Minum la sesudu atau seteguk air zam-zam dengan menahan nafas, duduk dan menghadap kiblat...berdoa sebelum meneguk air agar dikurniakan rahim yang kuat, badan yang sihat, janin yang subur dan anak-anak yang soleh. (untuk kuatkan rahim)
4. Elakkan makan sesuatu yang terlalu masam dan terlalu manis. Epal hijau, jeruk dan lain-lain.. Kurangkan makan makanan yang diperam i.e belacan, jeruk dan lain-lain.. kurangkan makan daging merah (daging lembu, kambing dll), lebihkan daging putih @ ikan dan sayuran segar. (untuk kuatkan rahim)
5. Awal kehamilan, mintak En Hubby bacakan surah Ayatul Qursi dan hembus pada rahim bagi mengelak gangguan jin yang memang kerja dia nak bagi janin tercabut (janin masih lendir dan sebesar mata mancis, memang senang tercabut @ tertanggal..), buat setiap bangun pagi dan setiap kali nak tidur...berterusan sehingga kandungan bernyawa..dalam 4 bulan begitu (untuk elakkan gugur kerana gangguan jin)
6. Jangan tengok cerita yang sedey2 dan yang memurungkan hati, yang buat kita jadik tension..sentiasakan ketawa, senyum dan jangan layan perasaan marah walau tension tera mana pun..jin senang masuk badan kita bila perasaan kita terganggu..banyakkan bergurau ngan En Hubby..senangkan hati..(untuk elakkan gugur kerana gangguan jin)
7. Amalkan baca al-Quran biarpun dapat beberapa ayat je. Surah Maryam, Yusuf dan Luqman, Yassin, Ayat Qursi memang sesuai.. Dapatkan CD surah yasin dan pasang je kat dalam kereta dan lain-lain..kalau ada azan, dengar azan, jawab azan sehingga habis. (untuk janin sihat dan membesar sempurna)
8. Bila mengandung, jangan terlalu takut dan risau..sampai nak buat semua benda tak boleh dan takut..banyakkan redha dan berserah pada Allah s.w.t. Perasaan takut dan ujub pada sesuatu secara berlebihan membuatkan kita jauh daripada bantuan Allah kerana kita tidak yakin dengan bantuanNya.
9. Jangan banyak bergerak ataupun melakukan pergerakan yang drastik, jangan melompat atau naik tangga kerana pergerakan naik tangga banyak menggerakkan pinggul dan rahim. Banyakkan berlunjur @ luruskan kaki..No travelling is considered..bak kata Dr O&G wife saya..hehehe..
10. Banyakkan doa dalam sujud terakhir dan selepas memberi salam pertama (pas tahhiyat akhir), juga membaca doa antara azan dan iqamat (kalau kita dengar azan dalam TV) agar diberi bantuan dan keringanan dalam menjaga kehamilan sehinggalah bersalin.
11. Sentiasa dapatkan redha suami, selalu memohon ampun pada suami dan ibu bapa. Isteri yang kurang dosa / diampungkan dosa akan sentiasa dikelilingi malaikat seterusnya dijauhi iblis / jin / syaitan. Jauhi daripada mendera binatang kecuali memudaratkan diri, bagi haiwan i.e kucing yang terbiar makan (bagi la keropok ke dll.., mudah2an makhluk Allah nih mendoakan agar hasrat Sarimah dimakbulkan..amin..)
12. Selalulah melihat benda yang hijau (tumbuhan) dan air laut...sunnah nabi dan pahala, mendamaikan hati dan menenangkan badan (rahim) yang sedang memegang sesuatu yang rapuh..mulakan dengan bismillah bagi setiap perkara agar diri tidak lalai dan terlindung daripada perbuatan yang memudaratkan diri dan kandungan..
13. Yang paling penting, jangan tinggal sembahyang dan sentiasalah sembahyang diawal waktu..itu tandanya kita mengingati Allah dan mudah-mudahan Dia akan mengingati kita bagi setiap harapan, doa dan bantuan yang kita perlukan..amin..
Item : 053
4 years ago
2 comments:
imah...thank sharing info2 nie
info yg sangat2 berguna...thanks for sharing..
Post a Comment